Ahad, 3 Mei 2009

PROMOSI UNTUK SEMUA

Salam.
Kami ingin menawarkan promosi yang hebat untuk anda. Sempena promosi ini kami memberi peluang kepada anda untuk menggunakan dahulu sistem kami. Dengan maksud lain, anda tidak perlu membayar yuran perndaftaran sebanyak RM40 semasa pendaftaran. Anda hanya perlu mengeluarkan duit untuk menambah modal sahaja. Selepas anda menggunakan sistem kami dan anda rasa puas hati dan ingin meneruskan sistem ini, barulah anda membayar yuran pendaftaran tersebut. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi 0179287403. Sekian terima kasih.

Selasa, 28 April 2009

SYARAT UNTUK MENJADI AGENT

CARA MENJADI AGENT Celcom 5% Maxis 3.5%

1. SEBELUM MENJADI AGENT
1.1 Mestilah didaftarkan dahulu untuk menjadi agent.
- Yuran untuk menjadi agent sebanyak RM40.
- Yuran dicaj sekali sahaja seumur hidup. Tiada lagi yuran lain.
1.2 Maklumat penting untuk menjadi agent adalah seperti berikut:
- Nama : (Nama untuk didaftarkan)
- No Telefon : (Yang digunakan untuk menjual / digunakan)
1.3 Kami hanya menerima nombor Celcom sahaja untuk didaftar. Tetapi untuk menjual, boleh dijual ke pelanggan celcom dan juga maxis.

2. SELEPAS MENJADI AGENT
2.1 Agent mestilah memasukkan modal pusingan untuk membuat jualan. Modal pusingan adalah terpulang kepada agent. Tetapi kami syorkan sebanyak RM200 untuk setiap kali membuat penambahan.
2.2 Selepas agent sudah mempunyai modal yang telah dimasukkan ke dalam handset, agent boleh lah mula membuat penjualan dengan handset dan nombor telefon yang telah didaftarkan.

3. CARA MEMBUAT JUALAN
3.1 Buat mesej baru di dalam handset. Kemudian taip arahan dengan format berikut :
(No telefon pembeli)*(jumlah belian)
0179287403*3
No telefon pembeli : Orang yang hendak membuat pembelian.
Jumlah jualan : Jumlah yang hendak dibeli. Kami
menyediakan jumlah dari RM 3 hingga
RM100.
3.2 Selepas siap menaip format arahan di atas, mesej hendaklah
Dihantar ke nombor server berikut : 0139242661. Sila simpan nombor server ini dan aktifkan untuk tujuan penjimatan.

4. CARA MEMBUAT PEMBAYARAN AHLI ATAU PENAMBAHAN MODAL
4.1 Duit pembayaran hendaklah dimasukkan ke salah satu bank di bawah:
Bank : CIMB
No Akaun : 130 300 100 660 53
Atas Nama : SERI MEDANG TRADING Atau pun;

Bank : MAYBANK
No Akaun :1630 4622 3432
Atas Nama : AZIMI BIN MOHAMED

4.2 Selepas membuat pembayaran simpan resit tersebut. Dan tulis dengan
format di bawah dan hantar kepada 0179287403.

Nama : Nama agent yang membuat pembayaran.
No telefon : Nombor telefon yang telah didaftarkan.
Bank : CIMB / MBB
Jumlah : Jumlah pembayaran seperti di dalam resit.
Tarikh : Tarikh pembayaran seperti di dalam resit.
Masa : Masa pembayaran seperti di dalam resit.

Selasa, 14 April 2009

Agent Reload Seluruh Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Di sini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai satu peluang perniagaan. Saya yakin anda semua pernah dengar dengan perniagaan prepaid dengan menggunakan handset. Sebelum ini bermacam-macam syarikat telah mempromosikan sistem mereka. Ya, ada yang masih berjalan dan tidak kurang juga ada yang lingkup.

Kenapa perniagaan ini masih bertahan walaupun ada diantara mereka yang terpaksa gulung tikar? WAJIB MESTI PERLU dan mungkin banyak lagi jawapan yang berbeza. Tetapi hakikatnya ialah, ianya sudah menjadi keperluan kepada masyarakat kini. Tidak kira anda sudah bekerja, masih menuntut di kolej atau universiti, masih bersekolah menengah atau rendah dan tidak ketinggalan juga anak-anak dan adik-adik kita yang sekolah tadika pun dah pandai guna handset. Itu tidak termasuk lagi pengaruh teknologi terhadap telefon itu sendiri yang menjadikan industri telekomunikasi di negara kita berkembang begitu pesat di rantau Asia ini.

Apabila perkembangan teknologi telekomunikasi ini begitu pesat melanda negara kita, jadi anda sudah boleh bayangkan sendiri betapa tinggi nya permintaan terhadap prepaid yang sudah menjadi kemestian kepada pengguna telefon ini. Melainkan mereka yang menggunakan postpaid tapi peratus pengguna yang menggunakan prepaid adalah lebih tinggi lagi dari peratus pengguna postpaid ini. Jadi di sini lah peluangnya yang perlu kita ambil untuk menjana duit di musim kegawatan ekonomi ini.

Saya tidak mahu bercerita panjang. Saya akan terus kepada topik yang akan saya utarakan. Ok di sini saya ada menyediakan satu sistem penjualan prepaid dengan menggunakan handset. Ianya senang, mudah ringkas dan selamat. Ianya bukan MLM atau program Affilliate. Lagi banyak anda jual, lagi tinggi pendapatan anda. Terpulang pada anda. Jangan anda percaya dengan program yang karut marut seperti mendapat duit ribuan ringgit tanpa bekerja keras atau bekerja selama satu jam sahaja dan macam-macam lagi. PERCAYALAH semua itu hanyalah cara diaorang untuk menarik anda untuk mengikuti program dia sahaja. Berbeza dengan sistem yang pihak kami tawarkan. Ianya bergantung sebanyak mana modal pusingan yang anda ada. RM200? ya itu sudah cukup untuk mula menjual prepaid anda. Kenapa untuk bermula dengan banyak sedangkan tiap-tiap hari anda boleh tambah modal anda, MERUGIKAN..... Mula dulu dengan modal pusingan yang kecil. Selepas anda melihat potensinya cerah, ya tambahlah sikit lagi. Slow-slow barulah kita rasa yakin.

Ya saya tahu anda berminat, tapi bagaimanakah ianya berfungsi. Jangan bimbang, kami akan terangkan satu persatu bagaimana untuk memulakannya. Tapi sebelum itu cuba anda lihat dahulu komisyen yang bakal anda terima.

CELCOM = 5%
MAXIS = 3.5%

Mungkin ada syarikat lain yang menawarkan komisyen yang lebih tinggi, tapi terlalu susah nak jumpa. Kalau semakin kurang ada lah. Itu adalah komisyen standard yang diberi kepada agent yang berdaftar. Ala apa nak susahnya..... bukannya kena pikul atau kena tolak. Benda ada dalam handset kita jer. Kemana kita pergi, apabila kita bawa handset kita, mesti dia ada.... Itupun kalau kat dalam tu ada modal la.. Kalau tak ada baik xpayah masuk la program ini.

Adakah kena jadi agent dulu sebelum dapat menjual? Emmmm semestinya... ini bagi memudahkan kami mengawal dan untuk pemberian komisyen kepada anda. Komisyen akan dibagi selepas anda menjual. Contohnya anda menjual celcom RM10 jadi dengan sistem ini, ianya akan tolak sebanyak 9.50 dari akaun modal anda, bukannya rm10. Diharap anda faham dan kalau tak faham juga, buat-buat la faham ya. Saya rasa senang je pengiraan dia tu. Dengan kata lain anda akan mendapat RM0.50 dengan jualan RM10 celcom dan mendapat RM0.40 dengan menjual RM10 maxis.

Sepuluh ringgit je ke boleh dijual? Ish...ish..ish... tak ingat lak nak bagitau. Biasanya prepaid boleh dijual dengan nilai minimun RM3. Jadi kami juga menggunakan kaedah yang sama. Anda boleh menjual dengan nilai RM3 - RM100. Anda tak perlu bimbang lagi untuk menyimpan stok yang banyak kalau sebelum ini anda menjual kad. Senang... memang senang kan. Sistem kami juga telah diuji dan hasilnya kelajuan yang sangat-sangat. Tapi tak de lah sampai tak hantar lagi pun dah masuk... Melampau la tu. Tapi ianya memang laju. Melainkan ada kegagalan dengan server utama dekat celcom ataupun maxis. Itu sama-sama lah kita pakat tanggung yer.

Adakah ada yuran atau bayaran untuk menjadi agent? Ya.... kami terpaksa habis kan puluhan ribu ringgit untuk bangunkan sistem ini. Untuk memastikan ianya berjalan dengan sempurna dan sistem sentiasa sedia dan laju. Untuk itu kami terpaksa mengenakan caj yang munasabah untuk anda menjadi agent kami. Anda hanya perlu membayar RM40 sahaja. tidak lebih dari itu. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja.

Berikut adalah contoh bagaimana untuk membuat jualan :

Langkah 1:
Buat satu mesej baru, tulis nombor telefon orang yang hendak membeli ataupun nom telefon anda sendiri. Selepas itu letakkan tanda star ( * ) dan diikuti nilai belian. Contohnya seperti berikut :
0123456789*3

Langkah 2:
Setelah siap menulis mesej seperti di atas, hantar ke nombor ini : 0139242661
(anda di nasihatkan mengaktifkan nombor berikut di dalam telefon anda bagi tujuan penjimatan).

Langkah 3:
Mesej berjaya akan sampai ke handset anda beserta dengan jumlah baki terkini yang anda ada.
Begitu saja caranya. Mudah bukan?

Sebelum itu, perhatian kepada yang berminat, sistem kami hanya menerima nombor celcom sahaja untuk didaftarkan sebagai agent. Itu hanya untuk pendaftaran, untuk membuat jualan kedua-duanya boleh.

Adakah anda berminat? Ya saya tahu anda berminat. Jadi apa tunggu lagi.. untuk keterangan lebih lanjut sila-silakan lah telefon atau hantar je mesej kepada kami ke nombor 017-9287403. Kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Sekian terima kasih.